|
|
PENGENALAN
Taman Lestari merupakan taman sumber Hutan Hujan Tropika (Hutan
Khatulistiwa) yang dibina oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong
dengan kerjasama PIBG. Luas taman ini kira-kira 270 kaki² (25.08 meter2)
yang ditanami dengan pelbagai jenis tumbuhan semulajadi. Idea penubuhan
Taman Lestari ini merupakan satu idea yang baik dan sesuai dengan
keadaan semasa di mana hutan merupakan habitat flora dan fauna serta
sumber semulajadi dan negara yang amat berharga dan semakin diancam
kepupusan. Melalui Taman Lestari ini juga proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) terutama subjek Geografi diharap dapat dijalankan
dengan lebih baik dan berkesan serta untuk rujukan umum.
Taman Lestari juga akan dijadikan bahan kajian ilmiah kepada para
pelajar khususnya bagi pelajar geografi kerana di taman ini terdapat
lebih kurang 66 jenis spesies pokok Hutan Hujan Tropika seperti tumbuhan
herba, pokok kayu keras untuk pembalakan, perubatan dan pelbagai spesies
pokok hutan yang terdapat di negara kita. Usaha ini akan menjadikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong salah satu sekolah dalam taman yang
menjadi idaman kepada semua sekolah di Malaysia.
MATLAMAT
• Memupuk minat pelajar menanam pokok di persekitaran mereka
• Mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar
• Melahirkan individu ekonomi yang mapan terutama ketika berhadapan
dengan kepentingan alam sekitar
• Mewujudkan persekitaran bersih dan sihat kerana tumbuhan merupakan
alat penapis semulajadi yang penting di mana pokok adalah agen pembekal
oksigen dan penyerap karbon dioksida yang utama.
• Membantu secara tidak langsung kepada negara dalam menghadapi krisis
kepupusan sumber.
RASIONAL/OBJEKTIF
1. Menjadikan Taman Lestari sebagai Taman Sumber Alam Semulajadi
2. Menjadikan Taman Lestari sebagai antara bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama
dalam subjek geografi.
3. Memupuk minat tentang tumbuhan Hutan Hujan Tropika di kalangan para
pelajar
4. Menggalakkan sikap ingin tahu dan eksplorasi pelajar tentang tumbuhan
semulajadi
yang terdapat di negara kita
5. Untuk memperkenalkan kepada semua pelajar tentang pelbagai jenis
tumbuhan
herba, tumbuhan balak, perubatan dan sebagainya yang terdapat di hutan
dan di
sekitar rumah kediaman.
6. Memupuk minat cintakan alam sekitar di kalangan para pelajar.
7. Bagi merealisasikan sekolah dalam taman
8. Bagi memberi kefahaman kepada para pelajar tentang kepentingan hutan
sebagai
satu sumber ekonomi dan keseimbangan ekologi negara.
9. Sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
FUNGSI
1. Tempat menjalankan aktiviti P&P dan ko kurikulum.
2. Menarik minat pelajar dan guru menimba ilmu secara amali
3. Praktikal mata iaitu melihat dan mengenali tumbuhan secara tak
langsung pada setiap masa
4. Mengindahkan alam sekitar sekolah dengan sumber flora (biodiversiti)
5. Menyederhanakan dan mengimbangi iklim mikro
.
|
seterusnya |
|