|
Perkembangan Fizikal |
||
|
|
||
|
|
|
|
| Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya menumpang dibangunan Sekolah Kebangsaan Tendong. Pada tahun 1970 barulah sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya hanya ada dua blok bangunan untuk kegunaan pentadbiran dan pembelajaran. Kini 2003 sekolah ini berkembang pesat dari segi fizikalnya. Ia mempunyai 12 blok bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat,3 blok bangunan 2 tingkat, 2 blok bangunan 4 tingkat,1 blok bangunan 1 tingkat, 1 blok bangunan 1 tingkat pusat sumber, 1 blok bangunan 1 tingkat APD, 1 blok bangunan 1 tingkat (Pendidikan Seni, SAL, Unit Matematik), 1 bangunan dewan besar dan 1 buah mussalla. | ||
|
Guru |
||
|
|
||
|
|
|
|
| Encik Othman B Ismail, guru besar yang pertama sekolah ini dan dibantu oleh 2 orang guru iaitu En Zakaria B Awang Ngah dan Cik Khoo Kin Lai. Pada tahun 1970 bilangan guru, telah bertambah daripada 12 kepada 14 orang. 5 tahun kemudian guru di sekolah ini telah bertambah menjadi 43 orang. Tahun 1985 terdapat 58 orang guru, bertambah seramai 44 orang setelah 20 tahun sekolah ini dibuka. Kini 2003 terdapat 106 orang guru sedang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong. | ||
· LULUSAN SRP DISALURKAN KE SM MAHMUD MAHYIDDIN PASIR PEKAN. · PADA 14/9/1969 SMR TENDONG BERPINDAH KE BANGUNAN SENDIRI DI KAWASAN SELUAS 8 EKAR DI SEBELAH SK TENDONG. · TAHUN 1978 TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS DAN SASTERA DIBUKA
· TAHUN 1987 KELAS TINGKATAN 6 RENDAH ALIRAN SASTERA DIBUKA DAN SEKOLAH SALURAN KE TINGKATAN 6R IALAH SM TENDONG DAN SM BUNUT SUSU. · MULAI TAHUN 1988 SM TENDONG MENAWARKAN KETIGA-TIGA PEPERIKSAAN AWAM IAITU SRP, SPM DAN STPM.
|


