|
|

| Ujian PERMATApintar
UKM2 adalah ujian saringan kedua Ujian saringan ini mempunyai 15
bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk
aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor,
pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Ia dibina dalam
talian dan boleh dicapai dari laman web ini. Untuk menjalani ujian
saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama
iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1. Hasil ujian saringan ini akan
dipaparkan mengikut kategori berikut: |
|
(a) Indeks Pemahaman Lisan
(b) Indeks Penaakulan Persepsi
(c) Indeks Daya Ingatan Bekerja
(d) Indeks Kelajuan Memproses Maklumat.
|
| Untuk tahun 2010 ujian
ini akan bermula pada 1 Julai - 15 Ogos 2010 di pusat-pusat ujian
yang akan dimaklumkan kemudian. Pelajar boleh menyemak sama ada
layak atau tidak menduduki ujian ini akan dimaklumkan melalui laman
web mulai 16 Jun 2010. Pelajar juga akan dimaklumkan tentang
tempat-tempat ujian yang akan diambil. Ibu bapa dan penjaga
bertanggungjawab untuk membawa pelajar-pelajar ini ke pusat-pusat
ujian yang akan diberitahu kelak. |
|
seterusnya |
|