PENGENALAN

 

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula di sambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun keempat disambut di peringkat sekolah dengan pelbagai aktiviti demi memeriahkan lagi sambutan tersebut. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu warga sekolah akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Pada tahun ini, HKS akan disambut mengikut kategori iaitu majlis perasmian dan pada hari yang berlainan akan dipenuhi dengan program dan aktiviti.

 

 

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

 

  • Memajukan kepentingan sosioekonomi ahli-ahli menurut prinsip-prinsip koperasi.
  • Mengamalkan sikap dan amalan berjimat cermat.
  • Mengamalkan cara hidup bermasyarakat secara demokratik.
  • Mengamalkan prinsip berdikari.
  • Memberikan pengalaman mentadbir, mengurus, membuat keputusan dan memimpin khususnya kepada pemimpin koperasi kalangan pelajar.
  • Menyertai dan mengalami urusan perniagaan.
  • Memberi sokongan kepada sekolah segala usaha yang memberi faedah kepada anggota koperasi.



seterusnya